Hidang Menu Popular Medan Selera Ini Di Rumah

Posted on August 6, 2021Comments Off on Hidang Menu Popular Medan Selera Ini Di Rumah

Medan selera adalah tempat yang sinonim sekali dengan pusat beli-belah di negara kita. Daripada nasi campur hingga yee mee panas, anda dapat disajikan dengan pelbagai menu lazat setelah anda puas membeli-belah dengan sakan.

Memandangkan pusat beli-belah kini tidak dapat dikunjungi seperti dahulu akibat Covid-19, inilah masanya untuk anda buat sendiri menu-menu ini di rumah. Ini adalah tiga menu popular di medan selera yang cukup mudah untuk dicuba pada hari ini. 

Yong tau foo

Gerai yong tau foo di medan selera sudah pasti akan dikunjungi orang ramai. Sebenarnya, perkara remeh dalam penyediaan yong tau foo ini adalah pada isi dan kuahnya sahaja. Kalau nak yong tau foo versi mudah, sediakan sahaja isi ketam, bebola ikan, dan tauhu mengikut kesukaan anda. 

Kuahnya juga mudah kerana diperbuat daripada bahan-bahan seperti sos tiram, taucu, dan kicap manis sahaja. Bahan pemekat kuah itu tidak lain tidak bukan lagi adalah larutan tepung jagung yang disebatikan sekali. 

Nasi ayam

Nasi ayam memang menu popular di mana sahaja, tak kira sama ada di gerai luar mahupun di medan selera. Kalau anda rajin dan mempunyai masa, boleh sahaja buat nasi ayam tanpa perlu membakar ayam dengan rumit. 

Didihkan ayam sehingga masak empuk dan simpan air didihan tadi untuk dijadikan kuah. Salutkan ayam yang sudah dimasak tadi bersama campuran kicap manis, sos tiram, bawang putih, dan serbuk perasa MAGGI®. Kemudian, anda goreng sahaja ayam tersebut hanya untuk dapat kerak rangup yang perang di luar. Tak perlu masak lama, sebab ayam itu memang kita dah masak awal-awal!

Yee mee

Menu yang sering menjadi rebutan ramai di medan selera sudah semestinya sepinggan yee mee panas. Kalau di medan selera, hidangan ini disajikan panas-panas semasa ia masih mendesis, lengkap dengan sayuran dan telur yang dimasak dengan kuah pekat yang enak tak terhingga.

Nak buat hidangan ini? Mudah sahaja! Ikuti sahaja resipi perkongsian ini sekarang dan cuba di rumah.

Ramuan

  • 3 sudu besar minyak jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10g cili kering
  • 350g isi ayam
  • 2 sudu besar stok ayam MAGGI®
  • 6 kaki cendawan shiitake kering
  • 1.5L air
  • 5 sudu besar sos tiram MAGGI®
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • ¼ cawan tepung jagung
  • ¼ cawan air
  • 4 pek yee mee
  • 4 biji telur
  • 600g sawi

Cara penyediaan:

  1. Dalam periuk, tumiskan bawang putih, halia, cili kering, stok ayam MAGGI® dan cendawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, sos tiram MAGGI®, kicap pekat, minyak bijan dan air. Biarkan ia mendidih. Perlahankan api dan biarkan ia merehen selama 10-20 minit.
  3. Larutkan air dan tepung jagung sehingga sebati. Tuangkan pada tumisan untuk pekatkan kuah.
  4. Panaskan periuk masakan leper atau periuk sizzling. Letakkan yee mee, sayur sawi, dan curahkan kuah yang panas di atasnya.
  5. Biarkan ia mereneh. Letakkan telur di atas kuah yang sedang mereneh .

Resipi ini dapat menyajikan 4 orang. Untuk dapatkan lebih banyak resipi mengikut saiz hidangan anda, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/idea-resipi-maggi/

Comments Off on Hidang Menu Popular Medan Selera Ini Di Rumah